Peranan syariah

 1. Memelihara Agama


    Peranan agama adalah nilai yang utama untuk memelihara agama serta dalam pelaksanaannya. Sebarang perbuatan yang boleh mengugatkan kesucian agama hendaklah dicegah sebelum ianya berlaku. Andaikata sudah berlaku, maka hukuman sewarnya bagi tujuan tersebut adalah siksaan dan didikan yang akan dilaksanakan. Syariah Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuteraan hendaklah diberikan kebaikan untuk memelihara agama dari tergugat dari sudut negatif. Setiap hukuman dan perundangan dalam syariah islam juga akan diambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.

   Sebarang penyelidikan dan kemajuan dari sudut sains dan teknologi yang dilakukan oleh manusia akan membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan Sunnatullah (The Law of Nature). Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan-kecanggihan dari peralatan akan menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah SWT dan akan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Justeru itu, syariah islam menetapkan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad serta mewajibkan berjihad memerangi kafir harbi.


2. Memelihara Maruah

    Syariat  Islam  menetapkan  pemeliharaan  maruah  atau  harga  diri  merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Segala  kajian  yang  melibatkan  sains  teknologi  dan  kejuruteraan  hendaklah diambilkira kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kepada kerosakan dan kemusnahan yang besar. Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama. Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia.

    Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.


3. Memelihara Nyawa

     Nyawa manusia adalah milik mutlak Allah yang wajib dihargai dan disyukuri. Sebarang tindakan membunuh, samada diri sendiri atau orang lain adalah haram kecuali membunuh atas sebab dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas. [Al-An’am : 151]Syariat islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa.

   Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hokum-hukum pencegahan. Islam juga mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membawa bunuh atau merosakkan diri manusia.

    Islam juga menggalakkan manusia mengambilkira susuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, mengambil makanan yang halal dan berkhasiat kepada kesihatan manusia. Begitu juga yang bersifat abstrak seperti zikrullah yang membawa kepada kesihatan nyawa manusia.


4. Memelihara Akal

   Akal  merupakan  anugerah  utama  bagi  komponen tubuh badan  manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda. Islam   melarang   segala   perbuatan   yang   boleh   menyebabkan   berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.

            Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam. Saintis, teknokrat dan jurutera  hendaklah  menghasilkan  kajian  dan  ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.


5.    Memelihara Keturunan

     Syariat Islam yang tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak, seperti :


·       Liwat

·       Istimna’ – Onani

·       Musahaqah – Lesbian

·       Mendedahkan aurat

·        Berdua-duan lelaki dan wanita

·       Zina atau tuduhan melakukan zina

·       Bercakap atau menunjukkan aksi lucah

·       Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita

·       Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram

·       Melihat, menonton, menayangkan, melakonkan atau mengarahkan perkara yang haram seperti                             pendedahan aurat wanita, gambar atau filem lucah.

    Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syariah telah mengakibatkan perlakuan seks bebas dan merosakkan keturunan dan kehormatan. Kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran bayi telah menjadi gejala yang berleluasa dalam masyarakat hari ini. Demi memelihara tamadun manusia, akhlak dan keturunannya al-Quran telah menjelaskan tentang aspek penghukuman yang tegas terhadap jenayah zina.

     Hukuman bagi setiap kesalahan tersebut adalah hukuman hudud atau ta’zzir. Justeru daripada itu, Islam mansyariatkan perkahwinan bagi memelihara kesucian keturunan manusia.


6.    Memelihara Harta


   Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.

    Pencarian   harta   hendaklah   melalui   proses   yang   jelas   halalnya.   Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman   hudud   seperti   potong   tangan   bagi   yang   mencuri   dan   ta'zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.


Kedudukan Syariah Dalam Sains Dan Teknologi

·       Sebagai garis panduan kepada ahli sains dalam melaksanakan ujikaji.

·       Sebagai pembimbing ahli sains dalam mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada manusia.

·       Sebagai alat untuk membangunkan sains.

·       Sebagai pendorong kemajuan sains.

·       Membuka akal manusia untuk menguasai sains.

·       Membezakan antara teknologi yang diharuskan dengan teknologi yang dilarang.



Kesimpulannya

     Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada agama , nilai-nilai Islamiyyah seharusnya diterapkan dalam diri kita agar tidak salah membuat pilihan ketika bekerja dan sebagainya . Perlu diingatkan bahawa pekerjaan apa sekalipun yang dilakukan , mestilah yang mendatangkan rezeki yang halal dan diredhai di sisi Allah S.W.T dan disertakan dengan niat yang baik selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W mafhumnya "Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat" . Akhir kata , manusia itu dicipta oleh Allah sebagai khalifah di  muka bumi ini dan hidup merupakan satu ujian terbesar yang diberikan oleh Allah . Jadi jangan lah tersilap membuat pilihan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kita

No comments:

Post a Comment