Kesimpulan


    Dengan lafaz Alhamdulillah kami telah mengakhiri blog kami kali ini. Sebagai manusia biasa tentunya dalam penulisan ini masih banyak hal-hal yang belum terpenuhi, baik dari segi bahasa, penyusunan kalimat, dan hal yang lainnya. Namun demikian kami telah berupaya semaksimum mungkin demi terselesainya blog ini dan agar mendapat hasil sebaik mungkin, tetapi kemampuan yang kami miliki sangatlah terbatas.

      Selain itu, prinsip ini dapat merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada lima prinsip. Rabbaniah, Wasatiah, Tawazun, Mizan dan Tetap dan Anjal. Prinsip ini dapat membaiki diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini. dapat mengajar tentang kepercayaan yang agung kepada yang Maha Esa iaitu Allah SWT, mewujudkan sifat kesederhanaan dalam diri kita, keseimbangan dan kesetaraan dalam diri dalam menjalankan sesuatu perkara dan mempercayai yang mutlak dan murunah dalam memelihara kesucian prinsip syariat yang terdapat dalam sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah.

    Prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah SWT. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat. Prinsip ini mengajar kita erti kehidupan yang berpandukan Al-Quran dan al-hadis yang ditetapkan oleh Allah SWT.

     Seterusnya, pelaksanaan prinsip-prinsip syariah Islam dalam sains, teknologi, dan kejuruteraan kereta  kabel membawa manfaat yang besar kepada masyarakat. Ini termasuk aspek keselamatan, kecemerlangan teknologi, keadilan, kelestarian alam sekitar, kesihatan, aksesibiliti, pengurusan krisis, inovasi, serta kerjasama antarabangsa. Dengan memastikan semua aspek ini dipatuhi, kereta kabel  dapat menjadi satu lagi contoh bagaimana prinsip-prinsip Islam boleh diaplikasikan dalam konteks moden untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

      Akhirnya, dalam pembelajaran kita dapat memahami konsep prinsip syariah dengan lebih mudah difahami. Semoga Allah SWT selalu memberkati pembelajaran kita dan dapat memberikan manfaat khususnya bagi kami dan pada umumnya semua pihak yang berkenaan membaca blog ini. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri para pelajar.

No comments:

Post a Comment