KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Terdapat 5 kaedah asas yang terkandung dalam penulisan FUQAHA ISLAM mengenai penetapan kaedah fiqah untuk kejuruteraan islam. Setiap kaedah mempunyai maksud dan niat yang tersendiri. Antara kaedah berikut :-





SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT

Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk kepada tujuan dan niat melakukannya. Hal ini dapat membuktikan bahawa niat adalah penentu sama ada amalan itu diterima atau tidak oleh Allah.

Asal rujukan utama kaedah ini ialah :-

Hadith daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya, “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Segala amalan itu berdasarkan kepada niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin perolehinya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan)

Niat didefinisikan sebagai maksud atau tujuan bagi sesuatu perbuatan (Kamus Dewan, 2002). Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dengan adat, pahala atau dosa, dan bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan. Niat adalah cetusan hati seseorang ketika hendak melakukan sesuatu atau sebaliknya. Niat menjadi syarat utama sama ada sah atau batal sesuatu perkara atau amalan tersebut diberi pahala atau dosa.


KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN SYAK

Kaedah ini menjelaskan bahawa tiap tiap perkara yang telah diyakini berlaku tidak akan terbatal dengan sebarang keraguan yang hadir dalam diri. Menerusi kaedah ini, jika seseorang itu telah yakin akan sesuatu perkara dan hukumnya kemudian timbul pula syak atau ragu2 dengan kerjanya maka keyakinan yang asal itu tidak boleh dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan ada keyakinan baharu yang dapat menghapuskannya.

Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis NABI MUHAMMAD SAW yang bermaksud:-

Jika seseorang dari kamu ragu ragu ketika sembahyang, dia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukan, maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan baharu.

Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan kepada sandaran atau sumber yang nyata dan sahih tanpa wujud keraguan atau was was. Ragu ragu dan was was pula merupakan musuh manusia yang diilhamkan oleh syaitan dengan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan hati datangnya daripada diri dan hasutan syaitan sehingga menjadikan sesuatu perkara itu tidak pasti. Kelemahan inilah berpunca daripada pendirian manusia berbubah2 dan berlakunya pergeseran antara manusia. 


Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini pula firman ALLAH dalam Surah Yunus yang bermaksud :- 

Dan kebanyakkannya mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja. Padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran.

                      
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN .

Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ( masyaqqah tajlibu al taisir ) ialah masyaqqah yang melampaui batas kemampuan yang ditanggung oleh manusia bahkan boleh memudaratkan diri dan menghalang seseorang dari melakukan amal seperti puasa oranng yang sakit boleh membawa kepada bahaya , maka islam memberi kemudahan dan keringanan untuk meninggalkannya tetapi mereka wajib menqadakannya . Namun begitu , ada juga musyaqqah yang tidak boleh dijadikan sebab bagi mendapatkan keringanan iaitu kesusahan dan tidak membawa kemudaratan kepada diri . Contoh , meninggalkan puasa kerana letih bekerja . Ada beberapa sebab kesukaran dan kesusahan yang dapat meringankan pelaksanaan hukum syarak . Antaranya ialah musafir , sakit , dipaksa , lupa , jahil , perkara yang tidak dapat dielakkan dan mengalami kekurangan .  

Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan manakala dari segi istilah pula masyaqqah digunakan bagi merujuk kepada sesuatu yang diluar kebiasaan seseorang . Ini bermaksud allah memberikan kemudahan atau keringanan dalam menunaikan dan melaksanakan perintahnya . Kaedah ini diambil daripada al-Quran iaitu firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah :



Berdasarkan kaedah tersebut , meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba-Nya. Kesusahan tersebut juga menjelakasn kepada bahawa agama islam membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dengan memberi keringanan, bukanlah kesusahan dan kesempitan . Walaubagaimanapun , musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan . Dari pandangan lain juga , walaupun pada zahirnya dalam syariat islam dalam kehidupan manusia mempunyai tanggungjawab yang ia juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan .  Contohnya, kewajipan mencari rezeki namun itu bukanlah merupakan satu musyaqqah terhadap mereka kerana itu adalah tuntutan yang tidak dikira sebagai musqqah kerana menurut kebiasaan itu tidak menjadi satu bebanan kepada manusia bahkan ia merupakan satu keperluan kepada manusia .

DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR

 Al-Quran
Berdasarkan kepada firman Allah SWT
Maksudnya :
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”.
Firman Allah SWT lagi :
Maksudnya:
“Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”.
Kesimpulannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di atas ialah Allah SWT tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini , sebaliknya mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara .


Maksudnya :
“Ditanya Nabi s.a.w tentang agama (cara hidup) manakah yang paling dikasihi (disukai) oleh Allah SWT , maka berkata Nabi s.a.w : Agama Nabi Ibrahim a.s (islam) yang bertolak ansur”.


Maksudnya :
“Nabi s.a.w bersabda , permudahkanlah dan jangan menyusahkan”.

Hadis di atas menjelaskan bahawa syariat Islam adalah mudah dan ringan , ia juga adalah sebahagian daripada tujuan syarak .

PERBINCANGAN KAEDAH

1) Jahil
Konsep jahil dalam kaedah ini merujuk kepada hilangnya kewarasan (biasa) sebagai seorang manusia atau sesuatu keadaan seseorang tidak mengetahui perkara sebenar . Namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara yang menyebabkab hilangnya , kewarasan tersebut . Contohnya , dalam bidang bioteknologi pemakanan , terdapat pelbagai bahan campuran yang digunakan dan tidak ketahui sumbernya oleh orang awam seperti proses pembuatan coklat dan gelatin sehinggalah timbul isu tentang halal dan haram penggunaan produk bioteknologi terebut . Dalam hal ini , jahil atau tidak tahu mengenai sesuatu perkara itu boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan dalam mengambil perkara itu .

2) Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang itu digugurkan daripada memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama , nyawa , akal keturunan dan harta . Contohnya , seseorang itu telah dipaksa untuk menggodam sesuatu sistem maklumat organisasi atau individu dengan ancaman bunuh jika dia tidak melaksanakannya . Maka ketika itu , dia dibenarkan melakukan arahan tersebut bagi menyelamatkan diri dan nyawanya . Walaupun demikian , hatinya mestilah tidak reda dengan perlakukan dan tidak bersetuju dengan tugasan itu .

3) Umumul Balwa
Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan apabila berlakunya keadaan atau sesuatu perkara tersebut alam kehidupan . Contohnya , produk yang dihasilkan daripada bahan yang halal dan melalui kaedah pemprosesan yang mematuhi syarak . Apabila berlakunya kontaminasi dengan sesuatu yang haram seperti terdapatnya DNA khinzir pada makanan itu setelah dikaji dan diselidik semua atau sebahagian aripadanya tanpa diketahui , maka hukum keadaan ini adalah kembali kepada hukum asal , iaitu halal . Hal ini kerana pencemaran yang berlaku pada makanan atau produk tersebut adalah di luar kawalan manusia dan pihak yang mengawalnya serta keadaan ini sukar dielakkan. 






APLIKASI KAEDAH  

Ini dalam bidang sains , teknologi dan kejuruteraan adalah tertaluk kepada prinsip-prinsip syarit dan tujuan-tujuannya . Antara perkara penting yang perlu menjadi perhatian bagi para saintis , teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut :

a) Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah ( keringanan)

b) Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk mengguna pakai konsep rukhsah ( keringanan)

c) Keizinan untuk menggunakan pakai kaedah ini berlaku apabilasesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia terhalang oleh sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan .

d) Status kebenaran untuk menggunkan segala bentuk keringanan adalah berkuatkuasa selama kesukaran tersebut masih lagi berlaku dalam keadaab yang diizinkan oleh syarak.

e) Kaedah ini tidak boleh diambil mudah atau dipandang ringan semata-mata untuk menghalalkan segalan bentuk rukhsah (keringanan) sebelum pelbagai pilihan lain diuji untuk mengelakkan atau mengatasi kesukaran tersebut .

f) Penggunaan dan pemakaian kaedah hukum ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes  yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia .

g) Kejujuran dan tanggungjawab yang maksima diperlukan oleh para saintis , teknorat dan jurutera dalam menjalakan peranan mereka . Kewajaran dan kerevelanan sesuatu perkara yang dibuat atau dihasilkan mestilah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran .  

SEBAB-SEBAB KERINGANAN

Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat iaitu :  

 Musafir : Syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak seperti berbuka puasa
Sakit      : Syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayamum
Paksaan : Syarak mengharuskan  seseorang yang diharuskan dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur .
Lupa : Seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa , tidak terbatal puasanya
Kejahilan : Tidak batal solat orang yang berakap semasa solat dalam keadaan jahil .
Kepayahan : Tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan .
Kekurangan : orang gila dan juga bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak .

KESIMPULAN

Islam tidak membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh membebankan mereka dengan perkara yang diluar daripada kebiasan mereka . islam memberi keringanan kepada umatnya bertepatan dan sesuai dengan naluri serta tabiat mereka .

Masyaqqah atau kesukaran yang menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan (musyaqqah tajlibu al-taisir ) ialah masyaqqaah yang melampaui kemampuan oleh manusia , bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya daripada melakukan suruhan allah . Mempermudahkan , meringakan dan mengambil kira kemampuan umatnya adalah menjadi kunci utama dan tujuan syarak daripada Allah.

Seterusnya , kaedah kemudratan hendaklah dihilangkan ini juga merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga masalah individu khususnya dan masyarakat am . kaedah ini menunjukkan bahawa agama islam dan syariatnya itu bageitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia tanpa mengira  agama , bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakkan yang berlaku serta bakal berlaku . Semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu antara tujuan utama mengapa syariat islam didatangkan oleh Allah s.w.t ke atas muka bumi ini. 


KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan mudarat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
    "(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam kaedah ini, telah dijelaskan mengenai lima kaedah yang keluar daripada kemudaratan yang dihilangkan, iaitu:

5.3.4.1 Keadaan Darurat Mengharuskan Perkara Yang Dilarang (Al-Dharurah Tubih Al-Makhzurah)

Al-Dharurah adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai dengan lima kepentingan asasi manusia bagi seseorang Muslim melainkan dengannya sahaja. Lima kepentingan asasi itu adalah akal,agama,keturunan,nyawa, dan harta. Sementara al-Makhzurah yang dimaksudkan adalah segala perkara yang terdapat nas syarak yang melarang dan mengharamkannya. Kaedah ini menjelaskan bahawa dalam keadaan tertentu yang darurat,maka kita diharuskan melakukan sesuatu yang pada asalnya dilarang oleh hukum islam.Contohnya, kita diharuskan memakan bangkai kerana ketiadaan makanan. Maksud yang lebih jelas adalah setiap sesuatu yang dilarang pada syarak boleh bertukar menjadi harus dalam keadaan darurat. Oleh itu, keadaan darurat akan mengharuskan sesuatu yang haram yang dinamakan sebagai rukhsah (keringanan/kelonggaran) dalam ilmu Usul Fiqh.

5.4.3.2. Sesuatu Yang Diharuskan Kerana Darurat Dihadkan Menurut Kadar Darurat Sahaja (Al-Dharurah Tuqaddir Bi Qadariha)

Islam mengharuskan perkara yang dilarang ketika darurat menolak kemudaratan kepada manusia, tetapi tidak patut bagi seorang muslim mengambil peluang untuk terus-menerus berasa selesa dan senang dengan sesuatu yang haram atas alasan darurat. Kaedah ini membawa maksud bahawa keharusan perkara yang dilarang ketika darurat tersebut adalah mengikut kadar keperluannya.

5.4.3.3. Kemudaratan Tidak Boleh Dihilangkan Kemudaratan (Al-Dharar La Yuzal Bi Al-Dharar)

Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu kemudaratan yang dihilangkan atau disingkirkan tidak boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan yang lain sama ada kepada dirinya atau orang lain. Contohnya dalam bidang perubatan, Zahir dan Yazid menghidapi penyakit yang sama dan ubat yang sama antara mereka. Jika ubat itu kepunyaan Yazid, maka tidak harus diambil ubat itu untuk diberikan kepada Zahir.

5.4.3.4. Kemudaratan Yang Lebih Berat Dihilangkan Dengan Kemudaratan Yang Lebih Ringan (Al-Dharar Al-Assyad Yuzl Bi Al-Dharar Al-Akhf)

Kaedah ini membawa maksud jika kita tiada pilihan lain melainkan pastinya terpaksa menghadapi kemudaratan tersebut, maka hukumnya perlulah dipilih sesuatu yang lebih ringan kemudaratannya. Contohnya, wanita yang hamil telah meninggal dunia namun anak dalam rahimnya masih hidup dan bergerak-gerak, maka dalam Islam dibolehkan melakukan pembedahan perut wanita yang telah meninggal dunia itu untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungannya apabila didapati bayi itu ada harapan untuk hidup kerana jika dibiarkan, kemudaratan bayi itu untuk meninggal adalah amat besar.











                                                             

                                                              WANITA HAMIL                                     


5.3.4.5. Menolak kemudaratan adalah lebih utama daripada mengambil kebaikan (Dar' al-Masafad Awla Min Jalb al-Masalih)

a) Apabila bertembung dengan kemudaratan dan keburukan, maka pada kebiasaannya hendaklah didahulukan dengan menolak keburukan kerana penekanan syarak kepada perkara-perkara larangan melebihi perkara yang ditetapkan.

b) Kaedah ini membawa maksud, jika terdapat pertentangan antara kebaikan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka mencegah kemudaratan itu adalah lebih baik daripada mendapat kebaikan.

APLIKASI KAEDAH   

Kaedah kemudaratn dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Kemajuan sains teknologi dan kejuteraan banyak membantu kehidupan manusia agar menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui norma kehidupan biasa. Walaubagaimanapun, kemudaratan yang timbul setelah wujudnya kecanggihan-kecanggihan dalam bidang tersebut apabila penyalahgunaan timbul. Teknologi dan kejuteraan sebenarnya dihasilkan untuk memudahkan dan meningkatkan kualiti kehidupan manusia tanpa mengabaikan pembangunan insan. 
Justeru, perlunya etika, prinsip dan qawaid fiqhiyyah dalam perkara ini dengan berasaskan kepada etika tawhidik dan prinsip Syariah agar tidak disalahgunakan. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya. Seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang sama bahayanya walaupun berbeza bentuk.Contohnya, seorang saintis telah menghasilkan produk yang memabukkan bagi menggantikan arak. Hukumnya juga adalah haram kerana kedua-duanya mempunyai keburukan yang sama walaupun kaedah penghasilannya yang berbeza.


ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM 

Dalam bahasa arab terdapat dua istilah berkenaan dengan kebiasaan iaitu adat dan uruf. Adat membawa erti perbuatan atau amalan yang diulang-ulang yang menjadi budaya dan kebiasaan yang dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Manakala uruf pula bermaksud sesuatu perkara yang telah diketahui oleh individu atau masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.  Uruf juga berkaitan perkara-perkara yang mereka tidak lakukan kerana kefahamannya mengenainya. Biarpun definisi adat dan uruf nampak berbeza, namun kebanyakan ulama meletakkan ia sebagai satu perkara sama.

Para ulama sepakat menjadikan adat sebagai salah satu asas menentukan hukum. Penerimaan kaedah ini antara lain berdalil dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Terimalah yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik." (Surah al-Araf, ayat 199). Ayat itu dapat difahami yang mana perkara baik yang sudah diterima dan diamalkan dalam sesuatu masyarakat hendaklah diteruskan, sesuai dengan matlamat Islam yang berlandaskan kepada kebaikan. Islam itu mudah dan memberikan kemudahan kepada setiap umatnya.  

Walaupun adat diterima sebagai rujukan hukum, ia tidak berasingan dengan sumber hukum asal yakni hukum yang bersumberkan daripada Allah SWT. Penerimaan adat sebagai sumber hukum dianggap satu rahmat daripada Allah SWT, yang menjadikan adat itu selari dengan hukum asal. Dengan kata lain, penerimaan adat itu sendiri bersandarkan kepada kaedah hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Adat atau ‘uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu :

a) Adat am merujuk sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai sesuatu yang memberi maksud tertentu. Contohnya, menggunakan e-mel untuk menyampaikan sesuatu arahan atau suruhan menggantikan surat. Pada kebiasaannya, arahan kerja atau resit rasmi adalah dengan menggunakan surat sebagai bukti perkara itu perlu dilakukan. Namun dengan perkembangan teknologi kejuruteraan dan inovasi yang dilakukan pada hari ini bagi tujuan mempercepatkan lagi proses penyampaian, e-mel telah menjadi pengganti kepada surat. Berdasarkan amalan yang dijalankan di setiap institusi, e-mel boleh dijadikan bukti bahawa arahan atau kehendak sesuatu itu perlu dilakukan berdasarkan kepada kebiasaaan amalan pada masa ini. 

b) Adat khusus ialah perkara yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau dalam kalangan golongan tertentu. Contohnya apabila membincangkan tentang isu enjin kenderaan, sudah tentu melibatkan semua jenis kenderaan sama ada kereta, motosikal, kapal laut, kapal terbang dan sebagainya.

c) Adat sahih merupakan adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat, tidak menghalalkan yang haram, tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya, seseorang menggunakan khidmat SMS, ATM, internet, pejabat pos, perbankan untuk membayar zakat fitrah. Biasanya, pembayar zakat akan membayar zakat melalui amil yang dilantik sama ada di masjid atau di kaunter pusat zakat. Namun, pada masa ini, atas sebab perkembangan sains teknologi dan kejuruteraan, pembayar zakat diharuskan dengan menggunakan khidmat atau sistem sebagaimana yang disebutkan di atas. Kini, dengan sistem yang lebih mudah dan pantas, sistem pembayaran zakat juga telah dijalankan secara autopay iaitu dibayar secara kaunter bergerak seperti pandu lalu. Hal ini menunjukkan kemajuan teknologi ini memudahkan dan memberi kesenangan kepada mereka yang sibuk dan tiada masa.

d) Adat fasid atau rosak ialah adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya, bentuk-bentuk pertandingan yang menggunakan system pesanan ringkas (SMS) yang mempunyai unsur pertaruhan dan perjudian. Pada asalnya, tujuan system SMS ini adalah untuk memudahkan komunikasi sesama manusia, namun apabila teknologi dan khidmat yang disediakan ini mempunyai unsur penipuan, contohnya pertandingan yang diadakan dengan menggunakan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibenarkan dalam islam.  

APLIKASI KAEDAH

Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains, teknologi dan kejuruteraan dibenarkan menggunakan kaedah ini sebagai sumber rujukan untuk membuat keputusan.

Pemakaian kaedah ini hendaklah berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang konsep adat dan ‘uruf yang mampu menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatuds baik serta menepati kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan prinsip syariat seharusnya menjadi perbincangan khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan dibuat.
Kebiasaanya yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan bahan rekaan dan teknologi baharu, sekiranya impak buruk lebih besar. Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum adalah dengan mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada menarik kemaslahatan kepada manusia. Oleh hal yang demikian, para saintis, teknokrat dan jurutera perlu menjadikan nas syarak dan prinsip prinsip utama syariat serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan.

Antara syarat-syarat beramal dengan adat :

Dalam menjadikan adat sebagai rujukan hukum, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi yang tidak melanggar apa-apa hukum syarak. Dengan itu, adat dapat diselarikan dengan zaman yang semakin maju berkembang ini dalam kalangan masyarakat sekaligus tidak melanggar mana-mana hukum syarak.

Syarat yang pertama adalah adat itu mestilah tidak berlawan dengan nas dan syarak. Contohnya seperti adat membuat urusniaga diatas talian. Adat ini telah berkembang selari dengan kewujudan internet yang semakin berkembang di zaman ini.  Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urusniaga. Tidak dinafikan kaedah ini asal bertentangan nas syarak, yakni tidak boleh berurus niaga dengan benda yang tidak ada dihadapan mata tetapi ulama telah menerimanya atas kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan biasa dalam masyarakat, oleh itu ia tidak berlawanan dengan semua aspek hukum. Namun begitu, sesuatu perniagaan yang bertentangan dengan hukum dan syarak seperti perniagaan yang berlandaskan riba adalah haram sama sekali seperti yang telah Allah firman didalam Al-quran.

Yang kedua pula adalah adat yang diterima harus itu hendaklah diamalkan oleh individu dalam masyarakat secara menyeluruh dan meluas. Bahkan, jika ada yang tidak mengamalkannya, jumlahnya amat sedikit. Contoh amalan ini ialah adat menunaikan solat Tarawih yang diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada hakikatnya, solat Tarawih tidak semestinya diadakan secara berjamaah. Bahkan sebenarnya, elok ditunaikan di rumah secara berseorangan atau bersama ahli keluarga. Di Malaysia ini, apabila disebut saja solat Tarawih mesti dilakukan secara beramai-ramai di surau ataupun masjid dan yang tidak melakukannya dianggap tidak membuat Tarawih bahkan dia membuatnya di rumah. Begitulah gambaran besarnya pengaruh adat dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment