Kajian sains tentang anjing dan babi diharamkan

 

KAJIAN SAINS TENTANG ANJING DAN BABI DIHARAMKAN


    

        Dari perspektif genetik, babi mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir sama dengan manusia. Oleh itu, kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan ke atas babi sebelum ia diuji ke atas manusia. Malah, hati babi telah digunakan untuk menggantikan hati manusia yang sakit tenat, sementara menunggu penderma yang sesuai. Kerana babi mempunyai genetik yang hampir seperti manusia, terdapat kemungkinan penularan penyakit antara spesies.

    Jika ini berlaku, wabak yang teruk mungkin berlaku kerana kekurangan daya tahan tubuh terhadap penyakit baru. Sebagai contoh, wabak virus nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia daripada dekat dengan babi, atau menghapuskan babi daripada dekat dengan manusia. 

        Akibatnya, semua penternakan babi di kawasan itu dimansuhkan sepenuhnya bagi menjamin keselamatan manusia di sekeliling. Babi juga merupakan perumah bagi cacing pita yang juga menjadikan manusia sebagai perumah kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan betul boleh menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penyelenggaraan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi membolehkan cacing pita merebak.

No comments:

Post a Comment